Friday, June 11, 2010

Persediaan Menghadapi Ujian...


Assalamuakum w.b.t semua..

Hari ini aku berasa sangat gembira selepas mengikuti kelas SDP.. bersama cikgu Ling.. pelbagai input yang didapati. Betapa muzik, pergerakan dan lisan penting dalam menarik minat murid yang belajar...

Minggu hadapan akan mula peperiksaan. Hati aku cuak sekali. Aku risau soalannya tidak mampu ku jawab.. nauzubillah.. aku berlindung dan bermohon kepada Allah agar aku dipermudahkan soalan ujian itu. Semoga aku dan kawan2 berjaya menghadapi ujian ini dimana sahaja berada.. Disini aku kongsi sedikit tips yang aku selalu amalan sebelum dan semasa peperiksaan.


Sebelum..

1. Tenangkan fikiran. (bebaskan diri dari segala tekanan)
2. Mengenalpasti bentuk soalan yang bakal dihadapi.
3.Sediakan rujukan dan nota-nota penting. (tulis dlm bahasa pertuturan harian lebih cepat utk mengingat)
3. Baca buku dalam keadaan rileks, dan bayangkan situasi yang berlaku (sesuai untuk subject sejarah, ilmu pendidikan dan fakta)
4.Highlight point penting dengan warna yang mengancam
5. Setiap kali memulakan rujukan berdoa kepada Allah agar mengurniakan ilham dan menajamkan fikiran. (sentiasa bertawakal)
6. Menjaga pemakanan elakkan masam, banyak bahan pengawet dan makanan segera. (banyak makan sayur dan sumber vitamin yang tinggi.
7. Sunnah Rasulallah Kismis, Madu dan Kurma.
8. Selalu Solat Hajat dan bangun malam untuk tujuan tahjud dan mengulangkaji pelajaran.(oksigen pada 1/3 malam kandungannya sangat tinggi dan membantu kita untuk segar dan mudah menghafal.

No comments:

Post a Comment